+Follow
Dashboard
Beutiful Life

how beautiful is your life ?
Credits..
Template by : Nurul lzzati
Image by : we❤it
Background : nabiyha / cherrybam

Wednesday 19 October 2011
Kita Bercinta Di Syurga ya.. @ 1:16 am
0 talkative person(s)
Berkali-kali dia menekan butang ' Play' di radio hadapan .
Mahu mendengar lagu daripada kumpulan kegemarannya , FarEast . Suasana di luar amat gelap.Sesekali  kelihatan pancaran kilat beserta guruh.Bersama-sama memeriahkan lagi suasana malam di lebuhraya. HUjan sejak perjalanan tadi masih lagi tidak menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti mengalah.Hanya beberapa minit sebentar tadi hujan turun renyai-renyai.

Pemanduannya ditumpukan sepenuh nya di jalan yang sedang dilaluinya .Tahap keselamatan diletakkan ketahap yang tertinggi disaat-saat begitu .Manakan tidak Kiri kenderaan dipenuhi dengan kenderaan berat .Masing-masing memecut laju untuk ke destinasi yang dituju .Khuatir jika matanya berasa letih,sejak awal lagi dia sudah minum secawan kopi panas di hentian rehat setengah jam yang lalu.Cd yang di masukkan tadi,mungkin dapat membantu pemfokusannya berada ditahap meyakinkan.

"Abang nak dengar lagu ape ?"

Satu suara tiba-tiba memecah kesunyian perut kereta yang meluncur laju.

"Sayang cube tekan no 3...dah lame abang xdengar. .sedap lagu tu.."Balas Amin kepada isteri tercinta ,Izyani .Dengan nada yang lembut , tetapi masih jelas didengari.

"tajuk ape lagu tue ? "

"Err..ade la..Hehe.."

"Hek eh..nak rahsia-rahsia plak.."

"Suprise-Suprise....Lagu nie abang tujukan khas untuk bidadari tercinta abang ni.."ujar Amin bersahaja . Tangannya membelai manja pipi Izyani .Tersa kebahagiaan disitu.

"Romantiknyer abang nie.."

"Mesti la..untuk bidadari abang sorang ni je.."

Seketika kemudian,kedengan lagu dimainkan.. Izyani seraya memandang wajah suaminya di kerusi pemandu.Mendalam sekali setiap bait-bait lirik yang dilagukan.

Mekar di taman hati...
Cinta pertama..
Engkau ciptaan idaman kasih..
Antara bibir tersiratnya pekerti...
Kelembutan yang mendamaikan jiwa...

"Ooo..lagu ni rupanye.."Izyani  sempat menyimpul satu senyuman manja buat sang suami disebelah.

"Sayang suke lagu nie? " Soal Amin

"Yup ! suke sangat-sangat..dulu-dulu kat asrama,memang selalu  selalu sangat dengar lagu ni..masa remaja kan..Dulu ada kawan-kawan yang sampai tunggu-tunggu kat radio untuk dengar lagu ni.."

"Sayang tak tunggu kat radio? "

"Hehehe..ade jugak la nak wat cm tu tp xsempat.."

"First time abang dengar lagu ni,abang akan fikir seseorang..sapa la calon isteri abang nanti..sebab cinta cita yang Allah anugerah kaat abang ,abang nak kongsi dgn ister4i abang ja..dan abang selalu berdoa,untuk Allah anugerahkan kat abang,seorang yang solehah untuk sama-sama berkongsi cinta daripada Allah ni,Allah dah makbul kan doa abang "

Bicara Amin panjang lebar

Izyani di sebelah menarik nafas panjang.Lalu di hembuskan perlahan. Ada rasa terharu di hatinya .Syukur anugerah yang Allah berikan kepadanya.Mendapat suami yang soleh . Sentiasa meletakkan cinta atas dasar Iman dan taqwa.Sentiasa mengingatkan bahawa tidak ade satu pun milik kita di dunia.


Semua itu, hanya pinjaman sementara. Yang boleh ditarik balik, pada bila-bila masa. Bersedia atau tidak, bukan itu menjadi persoalan. Tepuk dada, tanya persediaan. Termasuklah dalam soal cinta. Cinta atas dasar kerana-Nya, akan sentiasa merasa bahagia.
"tak percaya,? cubalah!"Kata-kata ustazah Fatimah sejak di zamann matrikulasi dulu,terngiang-ngiang di telinga.Dari situ, dia membulatkan  tekad. Untuk bercinta hanya pada suami.Disandarkan cinta itu hanya pada ilahi.

"Sayang pulak macam mne?"

Amin mengejutkan Izyani dengan soalan tadi.Perasaan tadi membuatkan dia berasa seperti berkhayal.Khayal dalam keasyikan bercinta bersama suami.

"Sayang akan tanya diri bila dengar lagu tu..layak ke diri nie untuk terima cinta pertama?Memang rasa tak layak sangat-sangat..siapalah yang nak "share cinta pertama" dgn sayang.."

"Alolo..wat ayat sedih pulak.."Amin memintas kata Izyani

"huhu..yala..mestilah sedeh..bukan lah sedey..tp cm tu laa kn,,sapa la kiter nie.."

"sekarang ni sedey lagi la..?"Soal Amin ringkas.

"Tak dah!"balas Izyani

"Sebab?"

"Sebab tak sedeh laa.."^_^

"Oo..kena kn abang yer.."

"Tak la..tapi btol la..sekang tak sedeh da..sebab Allah dah pinjam kan kat sayang seorang suami yang baik,soleh untuk sama-sam kongsi rasa seronok,sedeh...."

Amin membelai lembut pipi Izyani.Amin merapatkan sedikit tubuh isterinya,lalu dikucup dahi isteri tercinta.

"Semoga kita dapat bercinta lagi di syurga nanti.."Doanya di telinga Izyani..

"Aminn.."Balas Izyani

Kelihatan kilauan cahaya dari arah belakang kereta.Seperti memberi isyarat kecemasan.Amin memandang ke arah belakang melalui cermin sisi kereta.

"Lajunya kereta tu.."Getus di hatinya.

"Ya Allah !!

Ayat titu tiba-tiba terpacul daripada mulutnya. Baru kini dia sedar.Mereka sedang berada pada lorong memotong.

Dammm!!!



Satu hentaman kuat daripada arah belakang.Kereta nya gagal di kawal.Berputar-putar di tengah lautan kenderaan lain.Dapat dirasakan putaran itu amat kuat sekali.Akhirnya melanggar tembok pembahagi jalan.


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Dalam kebahagiaan ,dijemputu bertemu Yang Maha Esa?


Mustahil ?


Semoga kita dapat bercinta di syurga nanti...




❤ older posts / / newer posts ❤